2 Hati kini Bersatu

Helloo.

Entry ini untuk seorang kawan baik bernama lala.

------------------------------------------------------

Kehadapan Lala yg adeq hormati, kasihi, sayangi, rindui & yg sewaktu dengannya. Geli x? Haha. Lala, selamat hari jadi yang ke 22thn dan selamat menjadi tunangan orang pada 09.10.11. Adeq doakan Lala bertambah rezeki yang halal, panjang umur, bahagia selalu bersama keluarga & orang tersayang disisi.

Lala, terima kasih kerana menjemput adeq untuk menyemak dalam majlis Lala yang sederhana tp Alhamdulilah gemilang. Pada awalnya adeq merasa ragu untuk datang. Rasa segan. Silu malu & segala perasaan yg poyo-poyo. Lala bukan tak tahu yang adeq ni memang poyo.

Lala, hari itu buat pertama kalinya adeq memakai baju raya yang baru siap di 'oter' - betul tak ejaan? Baju yg adeq jatuh cinta pandang pertama dan terus beli tanpa fikir panjang. haha ! Dah lah lepas 'oter' baju jadi kecik di pinggang dan riben tu sebelah pendek sebelah panjang. Ape kes tailor tu? Geram kan?? Dengan wedges tinggi tu adeq melangkah secara sopan sapun ala-ala Wanita Melayu terakhir. Akhirnya sampai juga kerumah lah dengan kereta saga berwarna merah yang dipandu oleh seorang 'driver' yg bertauliah. Alhamdulilah adeq tak sesat cari rumah Lala.

Lala, Kaki ini menggigil sewaktu berjalan di atas jambatan depan rumah kamu lala. Terasa seram sejuknya. Haha. Tak sangka mama & babah sangat ramah menjemput adeq kerumah Lala. Terima kasih mama & babah.

Lala, Sewaktu ibu kekasih hati kamu menyarungkan Cincin & memakaikan Gelang di tangan kamu, adeq rasa terharu. Tiba-tiba rasa cemburu. Ouhh bilakah masa untuk adeq pula. Lala, adeq nak ucapkan selamat bertunang & menjadi tunangan orang. Selamat menyambut hari kelahiran yg ke 22thn. semoga Lala & kekasih hati dimurahkan rezeki segera mendiri rumah tangga. Amin.

Akhir sekali, adeq jeles sebenarnya. Tunggu masa adeq mungkin akan lama lagi. Apa-apa pun gembira untuk hari bahagia Lala & sidia. Hujung bulan ni pulak, seorang kawan masa form 6 pula akan meninggalkan status bujangnya. Tahniah korang.


No comments: