Showing posts with label aku nak kahwin. Show all posts
Showing posts with label aku nak kahwin. Show all posts

Postponed to July

Hello..

Masih ingat tak Misi Januari saya. Saya ada tulis tentang beberapa perkara yg Insyaallah bakal terjadi Januari nanti. Malangnya, misi januari tersebut terpaksa saya tangguhkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimana pun, Saya rasa bulan Julai ada masa yang paling sesuai. Walaupun ada lebih kurang 9 bulan lagi, kami tetap mahu rancang awal sebab kami tak mahu nanti jadi kelam kabut.



Julai akan datang dengan seribu cerita cinta. Banyak hari-hari yang perlu diraikan pada julai nanti. Insyaallah. - AMIN

Habit ke? Pemalas sebenarnya

Helloo..

Yeah jumaat sudah. Saya suka. Saya pun tahu kamu orang pun suka juga kan. Weekend yang dinanti mucul kembali. Lalala.. Amboi sedang beriang ria hari ini.

Setiap hari saya ke pejabat memakai baju kurung. Nampak sopan & ayu gitu kan. Mak saya sangatlah pantang sebenarnya sekiranya baju kurung saya campak kedalam mesin basuh. Oleh yg demikian, saya akan kumpulkannya selama seminggu.

Adakah ini Habit atau saya sebenarnya pemalas? Tett !! Jawabannya yg tepat adalah PEMALAS. haha!! Atleast baju kerja ni saya cuci sendirilah hari sabtu kan. Takkan semua nak mengharapkan mak masukkan mesin then mak basuhkan then mak sidaikan. Bertambah lemaklah punggung saya ni nanti. Hahaha

Dulu pernah cuba, balik kerja terus cuci. Tapi disebabkan sikap pemalas saya yg melampau-lampau, sikap rajin saya hilang. Hahaha. Last-last kumpul dulu seminggu baru cuci. Haha. Sabunn di bilikk mandii - menyanyi

Disebabkan esok (sabtu) & ahad ni saya ada dua temujanji penting. Jadi malam ni harus setlekn semua baju selama seminggu itu. Good Girl - ayat en.B nak sedapkan hati.

Kepada en.B jgn risau nanti kita dah kahwin, bukan setakat cucikan baju awak dengan awak sekali saya cucikan. opss !!


Jangan jadi pemalas macam saya kalau mahu di sayang mertua. Haha!

Title; Cerita Aku Nak kahwin

Hello..

Pagi yg indah. Masuk office terus update. yehaaa !! Banyak perkara rawak nak update tp bila dah berada depan PC (di office) & Netbook (di rumah) terus blank. Tak ada idea. Haha!

Tajuk blog sudah gempak. Ini kalau kawan-kawan seperjuangan tahu saya ada buat blog dengan nama 'cerita aku nak kahwin' komfomkomfom saya kena gelak tak pun kena sindir. haha !

Okey. Okey. Saya kalau boleh tak mahu orang tahu saya. Malulah. Haha. Mengade. Hah kamukamu semua jangan terpedaya dengan nama blog ni. Ini bukan blog kahwin-kahwin saya sebenarnya. Kahwinkahwin?? Berapa banyak kali kahwin sebenarnya? Haha.

Yang sebenarnya nama blog ni adalah azam saya untuk tahuntahun depan. Haha. Bagi mood semangat sikit bila baca blogkan tengok tajuk 'cerita aku nak kahwin'. Wahh macam gempak tp isi hampeh jak. Haha. Lagi sekali saya ingatkan ini hanyalah blog picisan isi tentang  kehidupan harian & tentang seorang saya yg bercitacita nak kahwin pada masamasa akan datang. 'Masamasa akan datang' terpaksa digunakan sebab saya sendiri masih tak tahu bila dan dengan siapa saya akan berkahwin. Jodoh ditgn tuhan kan. Tapi Insyaallah saya macam dah dapat rasa siapa. Amin. Terima kasih Allah.

Tapi saya akan cuba ceritakan tentang segal persiapan jika hari yg istimewa itu tiba nanti. Sangat terinspirasi dengan blogger B2B. Congrats akakakak semua. Hehe