Hello..
Pagi yg indah. Masuk office terus update. yehaaa !! Banyak perkara rawak nak update tp bila dah berada depan PC (di office) & Netbook (di rumah) terus blank. Tak ada idea. Haha!
Tajuk blog sudah gempak. Ini kalau kawan-kawan seperjuangan tahu saya ada buat blog dengan nama 'cerita aku nak kahwin' komfomkomfom saya kena gelak tak pun kena sindir. haha !
Okey. Okey. Saya kalau boleh tak mahu orang tahu saya. Malulah. Haha. Mengade. Hah kamukamu semua jangan terpedaya dengan nama blog ni. Ini bukan blog kahwin-kahwin saya sebenarnya. Kahwinkahwin?? Berapa banyak kali kahwin sebenarnya? Haha.
Yang sebenarnya nama blog ni adalah azam saya untuk tahuntahun depan. Haha. Bagi mood semangat sikit bila baca blogkan tengok tajuk 'cerita aku nak kahwin'. Wahh macam gempak tp isi hampeh jak. Haha. Lagi sekali saya ingatkan ini hanyalah blog picisan isi tentang kehidupan harian & tentang seorang saya yg bercitacita nak kahwin pada masamasa akan datang. 'Masamasa akan datang' terpaksa digunakan sebab saya sendiri masih tak tahu bila dan dengan siapa saya akan berkahwin. Jodoh ditgn tuhan kan. Tapi Insyaallah saya macam dah dapat rasa siapa. Amin. Terima kasih Allah.
Tapi saya akan cuba ceritakan tentang segal persiapan jika hari yg istimewa itu tiba nanti. Sangat terinspirasi dengan blogger B2B. Congrats akakakak semua. Hehe
Showing posts with label cerita kahwin. Show all posts

Lagu & Kahwin
hello..
Masih lagi dalam kemurungan. Tapi saya tetap nak update. Sebenarnya saya cuba untuk hiburkan hati & perasaan saya sendiri.
Lagu. Ya saya suka lagu ni. Kadang-kadang sebagai perempuan saya terlalu berharap lebih. Berharap bahawa en.B akan 'propose' saya dengan cara yang romantik. Haha!
Tak pun. Saya rasa, saya yang propose dia sebab saya yang tuju lagu ni kat dia. haha!
Ku pinang kau dengan Bismillah; Ungu & rossa.
Saya suka kalau dia yg tuju lagu ni. Tapi saya dah tertuju dulu lagu ni. Insyallah sayangs, dengan Bismillah segalanya bermula. Amin.
♥ rindu sygs sangat time-time macam ni.

Kahwin & Masak
Hello..
Hari yang agak membosankan tanpa siulan-siulan burung berkicauan. Yang saya dengar pagi-pagi hanya tangisan si anak buah yang kelaparan. Mood masih melayang fikirkan keadaan sibuah hati yang terbaring kesakitan seorag diri. Argh saya rasa loser untuk diri sendiri sebab saya tak ada untuk take care dia. Puih !
Cerita tentang masak. Lazimnya, mak-mak kamu orang pun akan pesan perkara yang sama macam mak saya selalu pesan. 'Kak, kalau nak kahwin kena pandai masak nanti kau nak bagi makan apa laki kau..' Haha ! Masak. Perkara yang saya suka tapi malas nak buat. Mungkin sebab dah dibiasakan dari kecil bila nak makan, masuk dapur bukak tudung saji ada saja makanan. Jadi? Salah saya juga sebab saya tak pandai masak atau bahasa kasarnya saya ni seorang yang malas memasak. Haha!
Saya suka memasak. Tapi untuk memasak perlukan mood. Bukan saya tak pandai langsung nak memasak. Saya ada belajar beberapa resepi daripada emak saya. Cuma... cuma saya belum pernah praktikkannya sendiri. Saya juga pernah cuba untuk memasak. Masak nasi, masak air, masak telur, goreng menggoreng & paling mudah masak maggie. Haha!
Boleh dikatakan saya perempuan yang kekok didapur. Jangan risau wahai en.B, bila kita kahwin nanti saya akan pastikan awak bertambah sehat sebab hari-hari saya akan masak sedap-sedap untuk awak seperti chicken chop. Haha!
Ini kisah benar, Saya pernah masak nasi goreng. Setakat pakai rempah nasi goreng yang dah sedia ada tu memang lah senangkan. Bangun pagi-pagi dengan semangatnya, pung pang pung pang kat dapur. Siap. Waktu untuk mencuba dilakukan setelah nasi goreng siap. Okey sedap. Hahaha! Tawar boleh tak. Langsung tak ada rasa. Saya terlupa letak garam. Last-last saya makan sendiri nasi goreng gagal tu. Tapi.. tapi.. Sihatkan kamu orang semua nanti sebab nasi goreng saya kurang garam, jadi kebarangkalian dijangiti penyakit darah tinggi adalah kurang. Haha. Kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat supaya hidup sejahtera selalu.
Back to topic, nak kahwin kena pandai masak sebab nanti mak mertua sayang kita sebab menantu dia pandai masak. Arghh saya perhati adik ipar saya tu tak pernah pulak dia masak untuk kami sekeluarga. Yang dia tahu masak bila lapar hanya sardin. Sardin adalah bukan makanan harian atau pun kesukaan dalam keluarga kami. Jadi dia hanya masak untuk dirinya sendiri tapi mak saya sayang gila-gila-gila kat dia. Hurmm.
Jadi nasihat saya kepada diri sendiri, belajar masak pandai memasak bukan setakat nak ambil hati mak mertua tapi kakak ipar yang sombong macam saya ! haha! dah-dah saya nak belajar memasak didapur dulu.
♥ mak saya dah masak sebenarnya jadi saya tinggal makan saja. Bismillah~ bubye.
Cerita kahwin 2#
Hello~
Sambung cerita pasal kahwin. Tapi sekarang ni saya nak cerita serba sedikit tentang perkahwinan abang sulung dan adik bongsu saya.
Abang sulung saya lahir & membesar di kampung kami iaitu Bawean. Sebuah pulau kecil di Indonesia. Abg dijaga rapi oleh nenek apabila emak & ayah saya merantau ke Malaysia. Abg saya telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu seorang wanita yg lebih berusia daripada usia abg saya. Cinta kan. Cinta tidak mengenal usia dan status kan?? Ya, kakak ipar saya merupakan seorang janda beranak 1. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raffy. Usia raffy menginjak 3 thn.
Okey, habis cerita ringkas pasal abang sulung saya. Sambung cerita tentang adik bongsu saya. Adik bongsu saya berkahwin dengan seorang wanita pada usia mereka masih muda. Ya. Masih belum bersedia. Masih belum stabil. Jiwa remajakan. Mereka berkahwin ketika umur adik saya 22 thn dan adik ipar saya 19 thn. Mereka dikurniakan seorang gadis comel bernama aisyah. Saya sangat sayangkan aisya.
Ni lah aisyah. Saya snap gambar ni pada 29/08/11 hari tu sebelum raya seminggu sebelum umurnya genap 8 bulan.
Biar apa-apa pun story perkahwinan mereka, saya tetap berdoa & berharap mereka bahagia selalu.

Cerita Kahwin & Adik beradik #1
Hello ~
Saya ada 4 orang adik beradik sebenarnya. Mari saya kenal kamu semua dengan mereka.
No 1, Abang. Kalau dah abang mestilah jantina dia lelaki kan? Tak lawak. Haha! Berumur 28 thn.
No 2, pun Abang juga. Lelaki jugak. Berumur 25 thn.
No 3, haruslah saya. Seorang perempuan, jadi saya kakak lah kan? Haha! berumur 23 thn.
No 4, adik lelaki saya. Berumur 22 thn.
Kalau tengok julat usia kami, lahir dekat-dekatkan. Sewaktu kami masih kecil, susah mak nak jaga sebab perbezaan umur yg sangat dekat. Faham-fahamkan macam mana jaga bayi yang sama-sama membesar macam saya dengan adik saya. Abang saya berdua dijaga oleh nenek waktu tu.
Okey kembali kepada tajuk entri. Dalam 4 orang beradik ni, 2 orang telah berjaya mendirikan rumahtangga (rumah & tangga itu seharusnya jarak atau dekat tak ya? huhu) Cuba teka. Teka. Teka cepat.
Okey lah tak ada sapa pun yang nak teka kan. Haha! Abg saya no 1 telah berkahwin & Adik bongsu saya juga telah berkahwin, manakala abg no 2 & saya saja yang masih belum berkahwin. InsyaAllah dalam masa dekat mungkin kami berdua pula tukar status. Haha!
Disini saya cuma nak ceritakan tentang adik beradik saya yang telah berkahwin. Jika kami berempat berdiri sebaris maka akan nampak saya dan abg no 2 seperti diapit oleh pasangan pengantin. Haha! Tak lawak lagi kn.
Nanti saya huraikan cerita tentang perkahwinan mereka kalau saya rajin untuk menghuraikannya ya. Okeylah. Saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun;

pecah kaca, pecah cermin.
sudah baca, harap comment.
Haha!! Bubyee :p
Cerita Kahwin 1#
hello ~
Kahwin. Kahwin. Kahwin.
Secara jujurnya perkara ni banyak mengganggu fikiran saya untuk beberapa masa terdekat ini. Senang cerita, tahun ni ramai gila kawan-kawan sebaya yang dah berjaya tukar status mereka daripada 'single' kepada 'double'. Double maksud saya, berkahwin lah ya. Haha!
Cemburu? Memang saya cemburu sebenarnya. Haha! Selalu fikir, bila masa saya pulak. Kadang-kadang tu stress juga fikir perkara ni. Kadang-kadang saya terpaksa beri tekanan pada exbf saya (masa tu masih bercinta, sekarang tidak lagi).
Kadang-kadang rimas bila orang tanya, 'kau bila nak kahwin ni?..'. Kadang-kadang saya rasa macam nak marah dan maki-maki jek mereka yang bertanya. Senang jek jawabannya saya tunggu lelaki. Ni kalau bf pun tak ada macam mana nak kahwin kan?? Haha. Itu jawaban dulu. Sekarang, Insyallah saya dah boleh jawab soalan mereka.
Apa-apa pun, setiap manusia pasti menginginkan perkara yang sama seperti saya. Kalau awak, awak atau awak tak ada perasaan untuk berkahwin, maka awak tergolong dalam golongan yang tak ada perasaan. Haha!
Bulan ini saja, 3 orang sahabat sewaktu di sekolah menengah dulu berjaya naik pelamin. Doakan saya pulak yah lepas ni. Selamat pengantin baru buat Izmin, Jijah & Farahain. Tahniah korang. Semoga perkahwinan kalian kekal sehingga ke akhir hayat. Amin.

Subscribe to:
Posts (Atom)