Lama tak ber'update'..

Hello friday.

Yeahh. Suka lagi bukan main sebab esok hari sabtu. Esok encik B akan datang JB. Boleh dating. yehaaaa. Hurmm lama juga saya tak update kan? Entah kemana perginya idea menulis.

Bosanlah kan kalau hari-hari cerita pasal diri sendiri. Tak ada siapa nak tahu pun. Haha.

Sabtu - cuti

Ahad - cuti

Isnin - cuti


Yahoo. Selamat berdating !

Perbezaan remaja dulu & kini

Helloo..


Beberapa penilaian ringkas saya tentang perbezaan remaja zaman saya dengan remaja zaman sekarang.

Pelajar Perempuan Tingkatan 4 (2004)
Pelajar Perempuan Tingkatan 4 (2012)
1.       Pergi sekolah jalan kaki, naik bas sekolah/ awam & family hantar.

2.       Handphone adalah benda yang paling susah untuk dimiliki.

3.       Mana pandai make-up bagai. Kebiasaannya pakai bedak asas saja.

4.       Merokok adalah perkara yg tak disukai.

5.       Bercinta senyap-senyap. Dating dalam library sambil study.

6.       Hujung minggu pergi tuisyen. Bagi mantap ilmu untuk SPM akan dating.

7.       Sudah mengira-ngira lepas SPM nak masuk Universiti mana.

8.       Menjadi anak angkat cikgu kesayangan kerana kepandaian.

9.       Sudah jadi pelajar paling cemerlang untuk Exam Last year.

·         Masih boleh dibanggakan.
1.       Pergi sekolah pandu kereta / motort sendiri.


2.       Handphone adalah perkara paling biasa yg dimiliki.


3.       Make-up kalau tak tebal se inci tak boleh. Bibir merah mengalahkan wanita simpanan.

4.       Merokok dalam toilet pun jadi.

5.       Bercinta secara terang-terangan. Dating di tangga blok berdua-duaan.

6.       Hujung pergi berdating. Buat maksiat tak ingat apa akan jadi.

7.       Sudah memikirkan tempat lepak & berdating yg selamat tanpa orang ketahui.

8.       Sudah ada anak hasil perbuatan sumbang.


9.       Sudah jadi pembunuh paling kejam. (bunuh anak sendiri)

·         Apa yang boleh dibanggakan?

Hari bergambar #3



Hello...



calaqisya - terima kasih baju cantik walaupun terpaksa 'repair' sana sini.

2 Hati kini Bersatu

Helloo.

Entry ini untuk seorang kawan baik bernama lala.

------------------------------------------------------

Kehadapan Lala yg adeq hormati, kasihi, sayangi, rindui & yg sewaktu dengannya. Geli x? Haha. Lala, selamat hari jadi yang ke 22thn dan selamat menjadi tunangan orang pada 09.10.11. Adeq doakan Lala bertambah rezeki yang halal, panjang umur, bahagia selalu bersama keluarga & orang tersayang disisi.

Lala, terima kasih kerana menjemput adeq untuk menyemak dalam majlis Lala yang sederhana tp Alhamdulilah gemilang. Pada awalnya adeq merasa ragu untuk datang. Rasa segan. Silu malu & segala perasaan yg poyo-poyo. Lala bukan tak tahu yang adeq ni memang poyo.

Lala, hari itu buat pertama kalinya adeq memakai baju raya yang baru siap di 'oter' - betul tak ejaan? Baju yg adeq jatuh cinta pandang pertama dan terus beli tanpa fikir panjang. haha ! Dah lah lepas 'oter' baju jadi kecik di pinggang dan riben tu sebelah pendek sebelah panjang. Ape kes tailor tu? Geram kan?? Dengan wedges tinggi tu adeq melangkah secara sopan sapun ala-ala Wanita Melayu terakhir. Akhirnya sampai juga kerumah lah dengan kereta saga berwarna merah yang dipandu oleh seorang 'driver' yg bertauliah. Alhamdulilah adeq tak sesat cari rumah Lala.

Lala, Kaki ini menggigil sewaktu berjalan di atas jambatan depan rumah kamu lala. Terasa seram sejuknya. Haha. Tak sangka mama & babah sangat ramah menjemput adeq kerumah Lala. Terima kasih mama & babah.

Lala, Sewaktu ibu kekasih hati kamu menyarungkan Cincin & memakaikan Gelang di tangan kamu, adeq rasa terharu. Tiba-tiba rasa cemburu. Ouhh bilakah masa untuk adeq pula. Lala, adeq nak ucapkan selamat bertunang & menjadi tunangan orang. Selamat menyambut hari kelahiran yg ke 22thn. semoga Lala & kekasih hati dimurahkan rezeki segera mendiri rumah tangga. Amin.

Akhir sekali, adeq jeles sebenarnya. Tunggu masa adeq mungkin akan lama lagi. Apa-apa pun gembira untuk hari bahagia Lala & sidia. Hujung bulan ni pulak, seorang kawan masa form 6 pula akan meninggalkan status bujangnya. Tahniah korang.


Postponed to July

Hello..

Masih ingat tak Misi Januari saya. Saya ada tulis tentang beberapa perkara yg Insyaallah bakal terjadi Januari nanti. Malangnya, misi januari tersebut terpaksa saya tangguhkan atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.

Walau bagaimana pun, Saya rasa bulan Julai ada masa yang paling sesuai. Walaupun ada lebih kurang 9 bulan lagi, kami tetap mahu rancang awal sebab kami tak mahu nanti jadi kelam kabut.



Julai akan datang dengan seribu cerita cinta. Banyak hari-hari yang perlu diraikan pada julai nanti. Insyaallah. - AMIN