Misi di Bulan Januari #1

Hello...

Now playing; 11 Januari by Gigi.

Malam ni ada feeling mood-mood nak berjiwang sekejap. Alhamdulilah kesihatan en.B bertambah baik jadi kami boleh berbincang sedikit tentang majlis sederhana yang bakal berlaku bulan januari nanti. Masih lama, tapi saya terlalu excited sebenarnya.

Ya, saya tahu macam-macam boleh jadikan sebelum januari nanti. Untuk misi januari #1 hanya apa yang kami bincangkan lagi tanpa persetujuan kedua orang tua kami;

1) Majlis merisik atau sesi kenal kedua belah keluarga sebelum majlis pinangan & bertunang secara serentak.

2) Tiada hantaran dulang. Hanya cincin. ---> yg ni kata sepakat dari saya sebab saya rasa yg penting adalah cincin tanda lamaran & pertunangan.

3) Tiada khemah dihadapan rumah. Majlis hanya dihadiri oleh saudara mara terdekat sahaja.

4) Saya dan en.B sebenarnya dah bincang, kami tak akan ada hantaran tapi perlu sediakan hadiah kepada pasangan masing-masing. Nak tau apa hadiahnya? Nantilah bulan januari yah. Insyallah :)

5) Saya & dia yang menetapkan bulan januari, belum tentu pihak keluarga kami bersetuju.

6) Bulan oktober en.B akan balik ke JB rumah family saya untuk berbincang, kemudian bulan november saya yg akan balik ke seremban pula. Wah teruja gituuw.

7) Warna tema? Perlukah sedangkan tiada hantaran berdulang?? hehe!

8) Tiada mini-mini pelamin. Tiada mak andam-andam. Tiada sewa baju-baju. Hanya 1 baju kurung moden saja untuk majlis tu nanti.

9) Insyallah nak upah member baik untuk jd OP yg tak berapa sah lah dalam majlis yg tak berapa megah. Haha. Geliiii jerk sebut OP. Cakap jelah tukang ambil gambar sudah. Senang. Haha. Berangan nak buat outdoor. Ada feeling-feeling pre-wedding gituww. haha !

10) Majlis kenduri doa selamat selepas majlis sarung cincin. Amin.

Harap segalanya seperti yg kami rancangkan. wah teruja mak nyahh !!

No comments: