Kahwin & Masak

Hello..

Hari yang agak membosankan tanpa siulan-siulan burung berkicauan. Yang saya dengar pagi-pagi hanya tangisan si anak buah yang kelaparan. Mood masih melayang fikirkan keadaan sibuah hati yang terbaring kesakitan seorag diri. Argh saya rasa loser untuk diri sendiri sebab saya tak ada untuk take care dia. Puih !

Cerita tentang masak. Lazimnya, mak-mak kamu orang pun akan pesan perkara yang sama macam mak saya selalu pesan. 'Kak, kalau nak kahwin kena pandai masak nanti kau nak bagi makan apa laki kau..' Haha ! Masak. Perkara yang saya suka tapi malas nak buat. Mungkin sebab dah dibiasakan dari kecil bila nak makan, masuk dapur bukak tudung saji ada saja makanan. Jadi? Salah saya juga sebab saya tak pandai masak atau bahasa kasarnya saya ni seorang yang malas memasak. Haha!

Saya suka memasak. Tapi untuk memasak perlukan mood. Bukan saya tak pandai langsung nak memasak. Saya ada belajar beberapa resepi daripada emak saya. Cuma... cuma saya belum pernah praktikkannya sendiri. Saya juga pernah cuba untuk memasak. Masak nasi, masak air, masak telur, goreng menggoreng & paling mudah masak maggie. Haha!

Boleh dikatakan saya perempuan yang kekok didapur. Jangan risau wahai en.B, bila kita kahwin nanti saya akan pastikan awak bertambah sehat sebab hari-hari saya akan masak sedap-sedap untuk awak seperti chicken chop. Haha!

Ini kisah benar, Saya pernah masak nasi goreng. Setakat pakai rempah nasi goreng yang dah sedia ada tu memang lah senangkan. Bangun pagi-pagi dengan semangatnya, pung pang pung pang kat dapur. Siap. Waktu untuk mencuba dilakukan setelah nasi goreng siap. Okey sedap. Hahaha! Tawar boleh tak. Langsung tak ada rasa. Saya terlupa letak garam. Last-last saya makan sendiri nasi goreng gagal tu. Tapi.. tapi.. Sihatkan kamu orang semua nanti sebab nasi goreng saya kurang garam, jadi kebarangkalian dijangiti penyakit darah tinggi adalah kurang. Haha. Kita harus mengamalkan pemakanan yang sihat supaya hidup sejahtera selalu.

Back to topic, nak kahwin kena pandai masak sebab nanti mak mertua sayang kita sebab menantu dia pandai masak. Arghh saya perhati adik ipar saya tu tak pernah pulak dia masak untuk kami sekeluarga. Yang dia tahu masak bila lapar hanya sardin. Sardin adalah bukan makanan harian atau pun kesukaan dalam keluarga kami. Jadi dia hanya masak untuk dirinya sendiri tapi mak saya sayang gila-gila-gila kat dia. Hurmm.

Jadi nasihat saya kepada diri sendiri, belajar masak pandai memasak bukan setakat nak ambil hati mak mertua tapi kakak ipar yang sombong macam saya ! haha! dah-dah saya nak belajar memasak didapur dulu.

 mak saya dah masak sebenarnya jadi saya tinggal makan saja. Bismillah~ bubye.

1 comment:

Reen Tart Nenas said...

pada saye, setiap wanita tu memang dah dilahirkan utk pandai masak. cuma skill dan pengalaman yg membezakan antara sedap atau tidak. xpe, nanti dah kawen, sure Fazrinn rajin masak dan exited nak try resipi baru. kalau dapat husband yang tak cerewet, lagi la seronok. apa yg kite masak, semua die boleh makan.