Accident

Hello..

Mood saya malam ni sangat tertekan & terganggu. Petang tadi sepulangnya dari tempat kerja macam biasa, en.B akan msj saya beritahu bahawa beliau sudah sampai ke rumah. Tapi, tapi petang tadi satu msj lain yang saya terima dari en.B.

5:52PM 23/09.2011 - 'sygs b xcident..'

Kalau pakwe atau makwe kamu orang msj macam tu apakah reaksi pertama yang akan kamu orang lakukan??

1) menangis
2) terkejut
3) pengsan
4) menjerit?

Saya panik. Sangat panik. Saya telefon dia bertanya keadaannya tetapi suara en.B kedengan biasa dan dia boleh ketawa lagi?? Apa ni 'accident' pun masih boleh ketawa lagi?

Secara jujurnya saya sangat geram sebab en.B cuai ketika menunggang motorsikal ketika itu. Yang buat saya rasa tertekan sekarang ialah saya tak boleh berada disisinya sekarang. Saya rasa sangat kecewa sebab saya tak boleh nak tolong suapkan makan, sapukan ubat & tenangkan dia yang meraung kesakitan.

Sangat kecewa kerana kebetulannya sekarang ni hujung bulan yang miskin. Rasa nak jerit kuat-kuat biar lepas segala amarah & kecewa.

Saya sedang menangis :'( bukan sebab dia 'accident' tapi sebab saya tak ada kat sisi dia sebagai heroin sekarang ni.

cepat sembuh sayangs.

No comments: