Percaya atau tidak

Hello...

Dalam adik beradik saya, saya sangat rapat dengan abg saya no 2. Ya, sangat rapat dan kadang-kadang sangat tak bersahabat jugak. Biasalahkan air yang dicincang tidak akan putus.

Dan Insyallah abg akan merasmikan hubungan dia bersama kekasih dalam tahun hadapan. Disebabkan tak ingin majlis bertembung saya ingin pastikan tarikh sebenar abg mahu bawa family berjumpa keluarga kekasih hatinya.

Tapi bila saya suarakan tentang rancangan saya, abg kelihatan tidak percaya dan menganggap saya mainmain. Padahal saya dan en.B telah buat keputusan yg benarbenar muktamad. Abg berfikir bahawa hubungan saya dengan en.B masih terlalu baru tetapi saya dan en.B ingin segera merasmikan hubungan yg baru terbina itu dengan ikatan yg lebih serius. Abg berfikir mungkin saya belum benar-benar mengenali hati budi en.B. Sebenarnya kalau kita nak tunggu kita benar-benar kenal hati budi seseorang perlu seiring waktu yg berjalan. Perlukah saya ambil masa yg terlalu lama untuk proses itu sedangkan hati kami rasa serasi.

Saya mula rasa tak selesa apabila abang berfikir bahawa keputusan saya dengan en.B adalah satu eputusan yang terburu-buru :(

Saya hanya ingin benar-benar bercinta setelah berkahwin sebab itu saya tak ingin bercinta terlalu lama yg belum tentu berakhir dengan satu perkahwinan. Fahamkan maksud saya??

Bagaiman ingin buktikan kepada abg bahawa saya adik perepmpuan dia yg sudah berusia 23 thn dan bukan kanak-kanak lagi??

No comments: