Title; Cerita Aku Nak kahwin

Hello..

Pagi yg indah. Masuk office terus update. yehaaa !! Banyak perkara rawak nak update tp bila dah berada depan PC (di office) & Netbook (di rumah) terus blank. Tak ada idea. Haha!

Tajuk blog sudah gempak. Ini kalau kawan-kawan seperjuangan tahu saya ada buat blog dengan nama 'cerita aku nak kahwin' komfomkomfom saya kena gelak tak pun kena sindir. haha !

Okey. Okey. Saya kalau boleh tak mahu orang tahu saya. Malulah. Haha. Mengade. Hah kamukamu semua jangan terpedaya dengan nama blog ni. Ini bukan blog kahwin-kahwin saya sebenarnya. Kahwinkahwin?? Berapa banyak kali kahwin sebenarnya? Haha.

Yang sebenarnya nama blog ni adalah azam saya untuk tahuntahun depan. Haha. Bagi mood semangat sikit bila baca blogkan tengok tajuk 'cerita aku nak kahwin'. Wahh macam gempak tp isi hampeh jak. Haha. Lagi sekali saya ingatkan ini hanyalah blog picisan isi tentang  kehidupan harian & tentang seorang saya yg bercitacita nak kahwin pada masamasa akan datang. 'Masamasa akan datang' terpaksa digunakan sebab saya sendiri masih tak tahu bila dan dengan siapa saya akan berkahwin. Jodoh ditgn tuhan kan. Tapi Insyaallah saya macam dah dapat rasa siapa. Amin. Terima kasih Allah.

Tapi saya akan cuba ceritakan tentang segal persiapan jika hari yg istimewa itu tiba nanti. Sangat terinspirasi dengan blogger B2B. Congrats akakakak semua. Hehe

No comments: