Cinta VS Kawan baik

Helloo..

Satu ketika dahulu, sewaktu zaman saya sekolah. Tingkatan 6 (2006-2007) merupakan zaman kegemilangan saya. Tak adalah gemilang mana pun. Cuma masa tu saya bukan budak nerd yg pendiam gitu. Sebab masa saya form 1 - form 5 saya rasa saya orang yg cukup pendiam di kelas. Ya lah, masa form 6 ni jgk lah saya banyak join aktivi sekolah. Dulu masa kat form 1-5 sangatlah malas ambil tahu soal kokurikulum semua ni. Masa form 6 ni lah, saya wakil sekolah utk kem. tingkatan peringkat JB, masuk kawad kaki renjer puteri waktu sukan tahunan sekolah, jadi pengawas perpustakaan dan macam2 meetinglah PERTINA lah. Masa form 6 ni saya pernah ber'couple' dengan kawan sekelas saya.

Beruntunglah saya sebab saya merupakan couple pertama kepada exbf saya. Ya lah dulu dia sekolah menengah jenis lelaki. Ataupun mungkin saya couple perempuan dia yg pertama tak? Oppss!! dia bukan GAY okey. haha! Jangan marah Tam. 

Disebabkan kami berdua satu kelas, kami sering belajar bersama atau dalam erti kata lain mengulangkaji pelajaran subjek cinta. Haha. Nak2 lagi kitorang sama-sama ahli pengawas perpustakaan. Haha. Entah macam mana kitorang hari bertugas yg sama. Seronok juga lah masa tu. Ala zaman cinta monyet kat sekolah. Semangat jek nak datang sekolah hari-hari tengok buah hati kan?. hahaha~

Malangnya, hubungan kitorang tak lama. Mak tam tak benarkan dia  ber'couple' zaman sekolah. Yups, dia anak bongsu. Satu malam tu kantoi tam ngah msj dgn saya sambil tengok pic saya. Memang teruk jugak tam kena bebel. Mula-mula tam tak setuju nak putuskan hubungan kitorang yg dah 5 bulan tu. Tapi sebab saya hormatkan mak dia, saya terpaksa jugak putuskan.

Mula-mula memang susah nak sesuaikan keadaan. Saya cuba untuk mengelak dari berbual dengan tam dikelas. Kalau dah satu kelas memang tak boleh buat apa-apa pun kan. Alhamdulilah sekarang kami masih berkawan. Berkawan dengan sangat baik.

Kami pernah menyambung kembali hubungan yg terputus tu dulu selepas habis STPM. Malangnya tam sambung belajar di Sabah & saya masih di JB tanpa arah. Tak lama pun sebab saya rasa lagi selesa jadi kawan dengan dia. Ya dan kami masih berkawan sampai sekarang. Tam sangat baik. 

Pernah jadi satu kes. Saya Chat dia di fb. Ayatnya agak pelik. Dan ya saya tahu itu bukan dia. Ouhh itu GF bru tam. Saya tahu dia ada gf di sabah. Kami chat baik-baik macam biasa. Saya minta maaf. Lagipun kami memang berkawan. GF tam tahu cerita saya dengan tam. Haha tam memang tak pandai berahsia. Gf dia cakap nak add fb saya. Saya lagilah suka.

Siapa cakap exbf tak boleh jadi kawan baik? Saya masih berkawan baik den tam dan gf barunya itu. Semoga korang happy selalu. Tam jangan lupa bawak gf datang jb. Patutlah tak mahu balik JB kn. Buah hati ada kat sana. Haha!

Korang perasan tak berapa kerap penggunaan 'lah' dalam entri ni? haha

No comments: