Review : Awek Chuck Taylor

Hello..

Ini kali kedua saya baca kisah Awek Chuck Taylor. Yang pertama sebelum dibukukan dalam blog awek chuck taylor & kedua sekarang ni selepas dibukukan.


Novel ni tetap buat saya rasa pelbagai perasaan. Walaupun ini bacaan kali kedua tapi perasaan saya sama macam baru pertama kali baca. Excited. Saya merasa yang saya hidup dalam novel ni. Novel ini juga penuh beremosi. Ada part kelakar - saya akan tertawa. Ada part sedih - tibatiba saya jadi sayu sedih. Ada part marah - saya pun akan marahmarah. Tak tahu kenapa. Mungkin saya terbawak-bawak dalam cerita novel ni.

Bila ingat balik macam mana saya mula kenal dengan blog awek chuck taylor. Saya sedang berblogwalking. Then masuk ke blog Terfaktab. Kebetulan minggu tu entry Terfaktab adalah Love Song. Saya baca satu persatu enty. Saya mula tertarik dengan satu entry yg ditulis oleh Cob Nobbler - my-ex-girlfriend-theme-song. Dari situ saya mula kenal blog peribadi milik Cob Nobbler atau pun Nami - tehtarikgelasbesar.blogspot.com

Blog awek chuck taylor - buat saya tak mahu tidur. Saya baca satu persatu dari last entry ke first entry. Betul-betul buat saya teruja. Dan saya tak menyesal beli novel Awek Chuck Taylor sebab saya terinspirasi dengan Nami.

Percaya tak kalau saya cakap, saya suka Nami. Saya suka watak dia dalam novel ni - Hafiz. Opss suka saja ya. Suka cara bagaimana dia sayangkan gf dia, suka bagaimana cara dia menulis. Arghh yg penting saya SUKA lah.

Last, saya doakan Nami & Erica (gf Nami sekarang - Eh saya suka baca blog awak tau) bahagia selalu. Dan Nami berjaya menjadi seorang penulis seperti yg awak inginkan. Amin. Kepada Mira or Ez, semoga kuat melawan penyakit awak tu. Kepada arwah Nana, Semoga awak bahagia di SANA. Dan kepada Aiman, Kau gila. :) haha !!

1 comment:

TheNewMe Overrated said...

Eh, sebut-sebut nama Erica ni, malu tahu? Hehehe.
TQ for the support!

- Erica Micheal