Cinta Cyber

Helloo..

Selepas saya putus dengan ex-bf saya sekitar May-2009. Seorang kawan telah meng'invite' saya untuk join satu 'wap chat room'. Bermula dari situ saya mula berkawan dengan kawan dunia maya saya. Saya mula hilang kawan alam nyata saya. Yang saya tahu, tiap masa saya tak boleh renggang & berpisah dengan hp. Untuk pengetahuan kamu orang 'Wap Chat' hanya menggunakan hp. Dah kata wap, memanglah guna hp jek. Haha! Dunia chat membuatkan saya lalai & ketagih.

Jadi, bermula disitu saya mula mencari ramai kawan yg mungkin boleh dibuat bf satu hari nanti. Bohonglah kalau kamu orang ni suka single lama-lama kan? Dipendekkan cerita, ada seorang lelaki add saya. Panggil saja Abg X (saya lupa nama dia). Duduk KL. Berumur lingkungan 25thn. Dia cuba meng-ayat saya. Tapi masa tu saya tak tertarik dengan dia. Jadi, saya anggap dia abg saya. Entah macam mana seminggu sebelum hari jadi saya, saya boleh accept dia jd bf sy. Peliks. Haha. Dan seminggu selepas hari jadi saya, saya putuskan dia sebab tiba-tiba dia jadi sangat membosankan & annoying gila. - Selamat tinggal abg x. Asal call cakap stim lah. Boleh blah ! Terus block profile dia.

Lepas tu saya layan feeling dengan seorang mamat sarawak. Fuh walaupun tak pernah jumpa, hubungn kitorang bertahan sampai 5 bulan. Lepas tu putus. Sedih jugak time tu. Haha! Dah sayangkan walaupun tak pernah jumpa. Dia terlalu sibuk dengan wapsite dia. Sibuk dengan code-code html dia. Sibuk dengan hack-menghack dia. Saya tak ambil port. 

Kemudian, seorang lelaki mengaku DUDA. Saya dah declare dia sebagai abg angkat saya. Saya langsung tak ada perasaan dengan dia ni pun. Jadi satu hari tiba-tiba abg ni msj cakap dia ada kat hospital. Sakit kronik. Nak mati lah. Anak dia tak ada orang jaga. Cuba kamu orang fikir, kalau ada orang buat cerita sedih dengan kamu mesti kamu orang akan berasa simpatikan. Di pendekkan lagi cerita, kebodohan saya terserlah bila saya boleh accept dia. Hurmm. Bayangkan apa yg saya cuba buat untuk kurangkan bebanan dia. Netbook & duit saya bagi. Bodoh kan saya? Mungkin sebab kecewa kena tinggal dengan mamat sarawak tu saya jadi macam tu. Arghh tak boleh salah kan dia jugakkan. Yg paling penting, saya yang berjaya kantoikan dia tu berbohong dengan saya. Kita orang pernah jumpa. Dia datang JB jumpa saya. Argh kalau ingat cerita ni saya tahu saya BodoH. Kantoi yg bini dia tak mati, dia tak sakit, dia ada couple dengan orang lain juga. Dah tak puas hati sebab kantoi dengan saya terus ancam nak bunuh diri. Berdiri kat jalan raya. Argh pergi Mati lah. - saya dapat balik netbook walaupun duit dia tak pulang. Ayat macam gampang cakap nak pulanglah. Bodoh betul masa ni. Betul-betul rasa bodoh.

Seorang abg-abg dengan nick -emptysoul- (Penang) datang JB bersama seorang kakak -sislove- (Melaka) tahun baru cina 2010. Sislove ni sebaya sebenarnya. Boleh tiba-tiba ada feeling dengan abg emptysoul. Mungkin masa tu perasaan sesaat jek. Terlebih layan. Boleh ter'couple' dengan emptysoul ni. hoho! Seminggu pertama lepas dia balik Penang okey lagi. Tapi lepas tu jadi bohsan. Hari-hari msj benda sama. Jemu. Dalam masa sama mula rapat dengan orang lain. Haha! Gila keja saya tinggalkan dia. Lepas tu abg emptysoul ni terus buat saya jadi musuh. Hurmm.

April fool 2010 - saya couple dengan mamat yg rapat dengan saya masa couple dengan abg emptysoul tu. Dia budak sabah kerja kat Perak. Masa hari jadi saya dia datang JB. Dan seminggu selepas tu dia balik Sabah. Dah sejak dia pindah Sabah kitorang kerap bertengkar. Sejak tu saya dah tak join 'wap chat' tu lagi. Lagi pun ramai otai yg dah blah. Hubungan kitorang bertahan lama. Setahun 2 bulan. Bulan Jun tahun ni dia ada datang JB. Semua saya sponsor. Malangnya sebelum tu kami bergaduh besar. Saya nekad putuskn hubungan. Dia minta saya beri peluang. Saya beri peluang memandangkan tiket flight dah booking. Sebulan lepas dia jumpa saya di JB, saya tinggalkan dia. Saya putuskan dia walau tanpa kerelaan hati dia. - Fuhh. Perjalanan cinta paling panjang. Setahun 2 bulan hanya dengan 2 pertemuan. Ada manis & pahit nya kenangan. Semoga kau dapat yg terbaik dari aku.

Sejak fb mula ambil hati. Aku pun mula jinak-jinak dalam dunia fb. Masa ni myspace dah lama tenggelam. Haha! Tak tahu mana terkuburnya myspace. Member kepada member fb add saya. NFW namanya. Berkawan sejak jun 2010. Dia ber'gf' dan saya ber'bf'. Masing-masing berstatus. Selalu muncul bila saya ada masalah dengan budak Sabah. Selalu menjadi pendengar & penyelesai setiap masalah. Selepas budak sabah datang JB, saya lupa sejenak tentang NFW. Stalk fb dia seminggu lepas tu, ouh sudah ada pengubat rindu. Mungkin NFW merasakan yg tiada harapan dengan saya. Padahal saya dapat rasakan getaran sejak kes Gaduh Besar dengan budak sabah sebelum datang JB. Perlu buat keputusan. NFW tiba-tiba muncul lagi. Bercerita sedihnya ditipu perempuan itu. NFW mencurahkan perasaan walaupun tahu saya masih berpunya. Buntu. Tak tahu keliru. Tanya mak minta pendapat. Nekad. Keputusan harus dibuat. Saya tinggalkan budak sabah dan berpaling kepada NFW. NFW = en.B saya. Insyallah kami akan bertunang tahun hadapan. Doakan impian kami tercapai okey.

Semoga selepas ini tiada lagi cinta-cinta cyber saya yg lain. Saya mahu cerita cinta cyber saya ber'noktsh' di en.B - NFW.

Segala yg tertulis dan tersurat sudah ditentukan. Hanya ikut langkah kaki membuat pilihan. Pilihan itu takdir kau sebenernya. Jadi jangan salahkan takdir - fazrinn 06/10/11

No comments: