Cerita kahwin 2#

Hello~

Sambung cerita pasal kahwin. Tapi sekarang ni saya nak cerita serba sedikit tentang perkahwinan abang sulung dan adik bongsu saya.

Abang sulung saya lahir & membesar di kampung kami iaitu Bawean. Sebuah pulau kecil di Indonesia. Abg dijaga rapi oleh nenek apabila emak & ayah saya merantau ke Malaysia. Abg saya telah berkahwin dengan pilihan hatinya iaitu seorang wanita yg lebih berusia daripada usia abg saya. Cinta kan. Cinta tidak mengenal usia dan status kan?? Ya, kakak ipar saya merupakan seorang janda beranak 1. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Raffy. Usia raffy menginjak 3 thn.

Okey, habis cerita ringkas pasal abang sulung saya. Sambung cerita tentang adik bongsu saya. Adik bongsu saya berkahwin dengan seorang wanita pada usia mereka masih muda. Ya. Masih belum bersedia. Masih belum stabil. Jiwa remajakan. Mereka berkahwin ketika umur adik saya 22 thn dan adik ipar saya 19 thn. Mereka dikurniakan seorang gadis comel bernama aisyah. Saya sangat sayangkan aisya.

Ni lah aisyah. Saya snap gambar ni pada 29/08/11 hari tu sebelum raya seminggu sebelum umurnya genap 8 bulan.


Biar apa-apa pun story perkahwinan mereka, saya tetap berdoa & berharap mereka bahagia selalu.

No comments: