Cerita Kahwin & Adik beradik #1

Hello ~

Saya ada 4 orang adik beradik sebenarnya. Mari saya kenal kamu semua dengan mereka.

No 1, Abang. Kalau dah abang mestilah jantina dia lelaki kan? Tak lawak. Haha! Berumur 28 thn.

No 2, pun Abang juga. Lelaki jugak. Berumur 25 thn.

No 3, haruslah saya. Seorang perempuan, jadi saya kakak lah kan? Haha! berumur 23 thn.

No 4, adik lelaki saya. Berumur 22 thn.

Kalau tengok julat usia kami, lahir dekat-dekatkan. Sewaktu kami masih kecil, susah mak nak jaga sebab perbezaan umur yg sangat dekat. Faham-fahamkan macam mana jaga bayi yang sama-sama membesar macam saya dengan adik saya. Abang saya berdua dijaga oleh nenek waktu tu.

Okey kembali kepada tajuk entri. Dalam 4 orang beradik ni, 2 orang telah berjaya mendirikan rumahtangga (rumah & tangga itu seharusnya jarak atau dekat tak ya? huhu) Cuba teka. Teka. Teka cepat.

Okey lah tak ada sapa pun yang nak teka kan. Haha! Abg saya no 1 telah berkahwin & Adik bongsu saya juga telah berkahwin, manakala abg no 2 & saya saja yang masih belum berkahwin. InsyaAllah dalam masa dekat mungkin kami berdua pula tukar status. Haha!

Disini saya cuma nak ceritakan tentang adik beradik saya yang telah berkahwin. Jika kami berempat berdiri sebaris maka akan nampak saya dan abg no 2 seperti diapit oleh pasangan pengantin. Haha! Tak lawak lagi kn.

Nanti saya huraikan cerita tentang perkahwinan mereka kalau saya rajin untuk menghuraikannya ya. Okeylah. Saya akhiri entry ini dengan serangkap pantun;

pecah kaca, pecah cermin.
sudah baca, harap comment.

Haha!! Bubyee :p

No comments: