Kereta pun ada perasaan jugak kan?

Hello..

Saturday. Sabtu. Saturday. Sabtu. Huhu !!

Hari ini nak cerita pasal kereta abg saya. Abg saya guna ada sebuah kereta wira berwarna putih susu. Abg saya sayangkan kereta dia. Kereta itu lah yg berjasa berjasa bawa kami sekeluarga kemana saja.

Satu hari tu, hari khamis. Saya ikut abg jalan-jalan ke @mart. Cuci mata saja sebab gaji belum masuk lagi. Mungkin sebab saya dah lama tak naik kereta tu, saya rasa lain macam. Jadi saya tegurlah abg. Saya cakap kereta abg jalan macam lompat-lompat. Arghh!! macam mana eh nak explain. Bunyi enjin pun saya dengar lain.

Abg cakap mungkin sebab masa tu jalan slow. Lagi pun keadaan jalan raya yang berlobang-lobang. Mungkin jugak kan lagipun saya bukan pandai sangat pasal enjin-enjin ni. Haha !!

Dipendekkan cerita, semalam abg nak pergi kerja. Hujan. Jadi tak boleh menunggang motorsikal. Terpaksa naik kereta. Ehh, kereta buat hal. Tak hidup. Agak-agak kereta tu merajuk dengan saya ker?? Hehe !!

Lepas kena tegur terus buat hal dia. Tak pun mulut ni masin sangat. Hurmmm - sorry abg.

1 comment:

Lady Rina said...

ada plak keta merajuk...he he..